Sesi ulangkaji Asas Bahasa Arab

logo-sesi-ulangkaji-full

Assalamualaikum wbt. Apa khabar?

Selamat datang ke Sesi ulangkaji Asas Bahasa Arab.

Sesi ini saya siapkan sebagai persiapan untuk anda sebelum anda masuk ke medan perbahasan Nahu.

Saya tahu anda minat dengan ilmu Nahu. Kalau anda tak minat, anda takkan ke blog ini. Kan?

Tapi saya juga tahu, yang sebahagian daripada anda mengalami sedikit kesukaran semasa anda mendalami topik-topik nahu.

Nak tahu kenapa?

Kebiasaannya kerana kita terlupa sebahagian perkara asas Bahasa Arab. Basic kita masih belum kuat dan kukuh.

Oleh itu, untuk bantu anda keluar daripada kesusahan tersebut, kita akan sama-sama cuba imbas kembali tajuk-tajuk asas tersebut.

Dengan memperkukuhkan asas anda, insyaAllah anda tidak akan lost dengan perbahasan nahu. Andai bertemu kesukaran pun, anda boleh mengatasinya.

Izin saya peringatkan – ilmu Nahu itu pintunya adalah asas bahasa Arab. Sebelum kita terjun masuk ke dalam laut Nahu, kita mesti persiapkan dulu perkakas penting berkaitan asas-asas bahasa Arab.

Asas-asas bahasa Arab tu yang mana?

Ini saya senaraikan untuk anda. (senarai ini akan sentiasa diupdate insyaAllah)

Jenis-jenis kalimah

Alamat-alamat Ism, Fi’l dan Harf

Jantina – Ism Muzakkar dan Ism Muannas

Fi’l Madhi

Fi’l Mudhari’

Huruf Jar 

Advertisements

2 thoughts on “Sesi ulangkaji Asas Bahasa Arab

  1. Azlan says:

    السلام عليكم

    Ustaz, Boleh tak ajar saya apa itu fi’ll sahih dan muttal?

    Bagaimana bina ayat dgn fi’ll tersebut. Ana sangat tak faham. Terima kasih

    Like

    • Hosnee says:

      وعليكم السلام ورحمة الله

      Fi’l sohih dan Mu’tal masuk bawah perbahasan Sorf.

      Secara ringkas :
      → Fi’l Sohih = Fi’l yang tak ada huruf ‘illah
      → Fi’l Mu’tal = Fi’l yang ada huruf ‘illah

      Untuk buat ayat sama je dengan Fi’l lain.

      Kaedahnya (Setiap Fi’l perlukan Fai’l)

      Contoh Fi’l Sohih
      شرب زيد الماء

      Contoh Fi’l Mu’tal
      باع زيد السمك

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s