Anda wajib kenal jenis-jenis Ism

Ism atau kata Nama itu ada pelbagai jenis. Penuntut ilmu bahasa Arab yang ingin masuk ke dalam medan Nahu mesti mengenal dan pandai membezakan jenis-jenis Ism ini. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan dan susah pula untuk I’rab.

Bagi memudahkan penuntut ilmu, saya cuba bantu senaraikan jenis-jenis Ism ini. Rujukan saya adalah kitab “al-Mughni Fi I’lm an-Nahwi

Di antaranya adalah :

  • Ism al-Jins (اسمالجنس)

Perkara yang mengikat suatu perkara bersama perkara-perkara yang menyerupainya. Contohnya رجل. Jika diterjemahkan boleh kita katakan “golongan lelaki”. Apabila disebut رجل maka semua jenis lelaki akan dimasukkan dibawahnya.

  • Al-A’lam (العلم)

Perkara yang ditetapkan untuk sesuatu ain/zat yang tidak pula ditetapkan selainnya dengan penetapan yang sama. Contoh mudah “Kata Nama Khas” seperti nama Zaid yang ditetapkan untuk seorang lelaki. Atau “Taman Ros” yang ditetapkan untuk sebuah taman perumahan.

  • Al-Mu’rab dan Tawabi’nya (المعرب وتوابعه)

Ism yang berubah baris akhir kalimahnya disebabkanberubahnya amil (faktor) sama ada secara lafaz atau makna.

  • Al-Mabni (المبني)

Ism Mabni merupakan lawan bagi Ism Mabni. Iaitu Ism yang kekal/tetap baris akhirnya walaupun berubah a’milnya.

  • Al-Musanna (المثنى)

Ism yang menunjukkan bilangan dua. Ianya diakhiri dengan alif nun atau ya nun. Dengan baris sukun pada alif atau ya, dan baris kasroh pada nun seperti ini (اْنِ) atau ini (يْنِ) .

  • Al-Majmu’ (المجموع)

Ism yang menunjukkan bilangan tiga atau lebih. Ia di atas dua kategori. Majmu’ Musohhih dan Majmu’ Mukassar. Majmu’ Musohhih ada dua jenis iaitu Jama’ Muzakkar Salim dan Jama’ Muannas Salim.

  • Al-Ma’rifah (المعرفة)

Ism yang telahpun ditentukan atau dikhususkan. Ia bukan bersifat Umum. Ia ada beberapa jenis. Antaranya Ism yang digabungkan dengan Alif Lam Ta’rif seperti الرجل.

  • An-Nakirah(النكرة)

Ism Nakirah adalah lawan bagi Ism Ma’rifah. Ia adalah Ism yang meliputi makna umum dan tidak dikhususkan. Seperti رجل

  • Al-Muzakkar (المذكر)

Ism yang tidak menunjukkan kepada makna perempuan dan tidak pula ada alamat muannas seperti Ta Ta’nis, Ta Marbutah, dan Alif Ta’nis.

  • Al-Muannas (المؤنث)

Ism yang menunjukkan makna perempuan dan mengandungi alamat muannas.

  • Al-Musaghar (المصغر)

Ism yang ditasghirkan bermaksud Ism yang merujuk kepada makna sikit atau kecil daripada sifat asalnya. Ia datang dengan alamat bacaan didhommahkan huruf awalnya, difathahkan huruf keduanya dan sebelum akhir ditambah ya berbaris mati. Contohnya نهر bermaksud sungai, نهير bermaksud sungai kecil atau anak sungai.

  • Al-Mansub(المنسوب)

Ism yang merujuk kepada makna nisbah kepada sesuatu. Ia diakhiri dengan penambahan ya berbaris sabdu. Contohnya seperti ماليزيّ dengan maksud orang yang dinisbahkan kepada Malaysia.

  • Asma’ al-’Adad (أسماء العدد)

Ism yang merujuk kepada nombor atau bilangan. Perbahasannya besar dan dan kaedahnya banyak.

  • Asma’ al-Muttasilah bil Afa’al (أسماء المتصلة بالأفعال)

Ini adalah Ism-ism yang lahir dan mempunyai makna Fi’l. Ada lapan jenis Ism yang lahir daripada Fi’l iaitu Masdar, Ism Fail, Ism Maf’ul, Sifat Musyabbahah, Ism Tafdhil, Ism Zaman, Ism Makan dan Ism Alat. Perbahasannya besar dan luas.

Jika anda boleh membezakan setiap satunya, anda sudah persiapkan satu benteng untuk menghalang kekeliruan ketika I’rab.

Saya galakkan, jika anda ingin membincangkan topik ini, anda bincang dalam kumpulan kecil. Bahagikan sesama anda dan cari detail tentang jenis-jeni Ism ini. Kemudian bentangkan. Itu lebih cepat dan mudah.

Jika anda perlukan rujukan, boleh email saya. Saya bantu anda. 😀

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s