Bengkel Asas Nahu : Modul Asas (JANUARI)

Alhamdulillah, kita sudah masuk tahun baru, 2017. Saya berazam untuk lebih aktif dalam menulis dan mengajar bagi membantu penuntut ilmu Bahasa Arab supaya mereka mampu menguasai Bahasa Arab dan Nahu.

Di antara matlamat 2017 saya bersama blog cintanahu.wordpress.com adalah menganjurkan bengkel dan klinik Nahu untuk bantu secara terus kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Jadi, bermula Januari ini, saya akan menggerakkan misi ini. Saya akan menganjurkan bengkel Asas Nahu.

Saya telah menyusun modul khusus bertahap asas dan sudah pun memilih tarikh dan rakan usahasama (Maktabah al-Ihya) untuk menganjurkan bengkel ini.


Ini info berkaitan bengkel pada bulan JANUARI

iklan-bengkel

Sedikit penerangan tentang bengkel ini :

SIAPA yang sesuai menyertai bengkel ini?

  • Bengkel ini dibuka untuk mereka yang tidak mempunyai asas dalam tatabahasa Arab dan minat untuk belajar perkara baru tentang bahasa Arab. 
  • Ia juga dibuka untuk mereka yang pernah atau sedang belajar Bahasa Arab dan ingin perkemaskan asas yang telah dipelajari.

APA yang akan dipelajari?

HASIL apa yang ingin dicapai?

Sekali lagi saya berterus terang bahawa misi saya untuk bantu penuntut ilmu bahasa Arab dan daripada itu saya ingin jadikan bengkel ini sebagai platform menambahkan pengetahuan dan memajukan ilmu peserta yang menyertainya.

Saya akan sedaya upaya untuk menyalurkan pengetahuan yang saya ada kepada peserta supaya setelah itu peserta memiliki persiapan dari sudut pengetahuan asas yang kuat untuk memudahkan mereka menguasai kaedah-kaedah Nahu.

Ini adalah langkah pertama peserta bersama saya, dan saya akan sediakan pula langkah seterusnya setelah itu supaya kami sama-sama terus maju dalam ilmu Bahasa Arab khususnya Nahu.

SIAPA yang tidak sesuai untuk menyertai bengkel ini?

  • Boleh saya katakan yang bengkel ini tidak sesuai untuk mereka yang sudah berada di peringkat “pertengahan” dan pakar dalam tahap penuntut ilmu.

Itu secara ringkas tentang bengkel yang akan dijalankan ini.

Cuma sebagaimana yang tertera, buat masa ini saya hanya menghadkan kepada 5 orang sahaja untuk satu bengkel.

Tujuannya, untuk saya beri tumpuan khusus kepada 5 orang ini.  Kerana bengkel ini juga terbuka untuk mereka yang belum mempunyai asas, jadi untuk memenuhi matlamat “menguasai alamat Ism dan Fi’l” saya kecilkan penyertaannya.

Jika anda berminat boleh mendaftar kepada saya dengan berikan Nama, no Tel dan Email kepada saya melalui whatsapp di 011-12208980

Atau anda ada kenalan yang berminat dengan bengkel ini, saya harap anda sampaikan iklan tentang bengkel ini kepada mereka ya 😀

p/s Saya bersemangat untuk jalankan bengkel ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s