​Ibn Aajurum dan Matan beliau

Nama beliau 

Nama Beliau adalah Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Dawud As-Sonhaji an-Nahwi, al-Faqih, al-Muqri’, al-Maliki. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Ibn Aajurum. Aajurum tersebut maksudnya “orang yang fakir dan Sufi”. 

Nisbah as-Sonhaji tersebut merupakan nisbah kepada qabilah Sonhajah yang hidup di daerah Maghrib. 


Kelahiran
 

Beliau dilahirkan di Kota Fes, di Maghrib, Pada tahun 672H. Berlaku pada tahun tersebut kewafatan Ibn Malik, salah seorang pakar Nahu yang sangat terkenal. 

Kewafatan

Ibn Aajurum wafat di Kota Fes juga pada hari Isnin pada 10 Safar 723H

Pengajian

Di awal pengajian menuntut ilmu, beliau banyak mengambil ilmu di sekitar Kota Fes. Setelah itu, beliau berangkat pula ke Kota Mekah. Dalam perjalanan, beliau melalui Kota Kaherah dan berhenti seketika di sana dan mengambil kesempatan belajar dengan Abu Hayyan, salah seorang pakar Nahu dari Andalus sehingga Abu Hayyan memberikan ijazah kepada beliau.

Penyusunan Matan al-Aajurumiyyah

Ibn Aajurum menyusun matan beliau tersebut pada Tahun 719 H iaitu empat tahun sebelum kewafatan beliau. 

Ibn Ra’I dan Ibn al-Haj menceritakan bahwa Ibn Aajurum menulis kitab ini di hadapan Kaa’bah. 

Dan ditambah oleh al-Hamidi bahawa setelah siap penyusunan kitab mata tersebut, Ibn Aajurum meletakkan kitabnya di laut sambil berkata, “Andai memang ku tulis kitab ini ikhlas kerana Allah, maka nescaya kitab ini tidak kan basah.”

Ternyata kitab tersebut tidak tenggelam bahkan tidak pula basah. 

Metod Ibn Aajurum dalam menyusun Matan beliau

Menurut para ulama-ulama bahasa, Ibn Aajurum lebih cenderung mengikuti mazhab Ahli Kufah ketika menyusun Matan beliau. 

Terbukti perkara tersebut berdasarkan penilaian mereka melalui perkara berikut :

  • Beliau menggunakan istilah “Khafd” berbanding “Jar” yang digunakan oleh Mazhab Ahli Basrah.
  • Beliau berpendapat Fi’l Amr itu di”jazm”kan – ini adalah pendapat Mazhab Kufah. Manakala Ahli Basrah berpendapat Fi’l Amr itu Mabni.
  • Beliau memasukkan كيفما sebagai salah satu jawazim, sedangkan di sisi Ahli Basrah – كيفما tidak termasuk daripada Jawazim.
  • Beliau menyebutkan Istilah “Asmaul Khomsah” dan ini daripada pendapat Ahli Kufah, manakala di sisi Ahli Basrah mereka menggunakan “Asmaus Sittah” dengan menambah هنوك

Penerimaan para ulama kepada Matan al-Ajurumiyyah

Matan al-Aajurumiyyah ini telah diterima di sisi para ulama seluruhnya sebagai salah satu kitab yang ditalaqqi dan diwarisi. 

Para ulama mengambil peluang untuk berkhidmat dan menyebar luaskan Matan ini melalui pelbagai medium dan cara.

Selain diajarkan di institusi pengajian dan halaqah ilmu, sebahagian besar para ulama turut menuliskan kitab syarah bagi Matan ini. 

Di antara ulama yang awal mensyarahkan kitab ini adalah Ar-Ra’I (Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad al-Maliki – w 853 H) dengan judul kitab beliau “al-Mustaqil bil Mafhum Fi Syarh alfaz al-Aajurumiyyah)

Selain kitab beliau, kitab syarah yang lain adalah :

  • النصيحة السنية حل الآجرومية لعلي الأنصاري 
  • الدرة النحوية في شرح الآجرومية لحمحد بن أحمد بن يعلى الحسيني 
  •  فتح المولى في شرح شواهد أبي يعلى لعبد الكريم الفكون التميمي 
  •  شرح المكودي لعبد الرحمن بن على المكودي 
  • الدرر الفرائد على شرح الآجرومية لخالد الجرجاوي الوقاد 
  •  النخبة العربية في حل ألفاظ الآجرومية لأحمد بن محمد بن عبد السلام 
  •  شرح الشيخ خالد الأزهري 
  •  شرح الكفراوي  على متن الآجرومية 
  •  الفتوحات القدوسية في شرح المقدمة الآجرمية لابن عجيبة 
  •  مختصر جدا شرح متن الآجرومية لأحمد زيني دحلان 
  • كشف المروطية عن ستور الآجرومية لمحمد بن عمر النووي البنتني 
  •   التحفة السنية بشرح المقدمة الآجرومية لمحمد محيي الدين عبد الحميد  

Selain kitab Syarah, para ulama ada yang mengambil bahagian dalam mengkhidmati matan ini dengan mengi’rabnya. Antara kitab tersebut :

  • إعراب الآجرومية للكفراوي 
  • الجوهرة السنية في إعراب الآجرومية ليحيى الحسيني العطار 
  •   الخريدة البهية في إعراب ألفاظ الآجرومية لعبد الله بن عثمان العجيمي 
  • الباكورة الجنية في قطاف إعراب الآجرومية للشيخ محمد أمين الهرري 

Selain itu, ada juga sebahagian ulama me“nazam”kan Matan ini, antaranya :

  • الدرة البهية في نظم الآجرومية للعمريطي الأزهري 
  • جمال الآجرومية “منظومة” للطهطاوي 
  •  الكواكب الجلية في نظم الآجرومية لعبد السلام النبراوي 

Masih banyak lagi senarai kitab-kitab dan penulisan ulama yang berkaitan dengan Matan al-Ajurumiyyah yang tidak disenaraikan di sini. 

Leave a comment