3 Persediaan bagi Menguasai I’rab

Waktu belajar Nahu, antara matlamat yang saya letak adalah saya mesti menguasai I’rab. 

Kerana bagi saya, tanda aras saya memahami perbahasan Nahu adalah kemampuan saya untuk mengi’rab ayat dengan baik.

Pengalaman ketika sesi pembelajaran bahkan hasil teguran para guru yang berterusan, saya boleh simpulkan bahawa kefahaman saya tentang perbahasan Nahu sangat beri kesan kepada kemampuan saya untuk mengi’rab ayat. Jadi kedua-duanya sangat berkait rapat.

Jadi, dalam proses pembelajaran dari dulu sampai sekarang, didikan para guru saya dalam menunjuk cara menambah baik penguasaan I’rab, ada persiapan yang perlu dibuat.

3 perkara yang diterapkan, iaitu :

  • Berinteraksi dengan teks arab dengan banyak sekali.

Teks arab di sini maksudnya alQuran, HAdith, Doa, Matan Ilmu, Cerpen, Dialog, kisah pendek, syair dll.

Tujuaannya : supaya berpengalaman dalam melihat dan membiasakan diri dengan bentuk dan ejaan kalimah.

Contohnya بيتي جنتي . Di sini ada empat perkataan. Hasil gabungan 2 ism zohir dengan 2 ism dhomir.

Dengan mengetahui dan membiasakan diri melihat gabungan ini dapat membantu  untuk tidak terkeliru ketika mengi’rab.

  • Membiasakan diri dengan Istilah asas dalam Bahasa Arab dan Ilmu Nahu.

Istilah yang biasa disebut² contohnya Kalam, Ism, Ism Isyarah, Ism Dhomir, Ism Mausul, Adawat IStifham, Fi’l MAdhi, Fi’l Mudhori’, Harf jar, Muzakkar, Muannas, Mufrad, Musanna, Jama’ Muzakkar Salim, Jama’ Muannas Salim, Jama’ Taksir, Mabni, Mu’rab, Marfu’, Mansub, MAjrur, Majzum dan banyak lagi.

Tujuaannya : Kita tidak akan terpinga² ketika belajar perbahasan yang menjurus kepada perincian terutamanya topik² Nahu seperti Mubtada, Khobar dll.

Pengalaman saya awal dulu antara faktor wujud rasa susah menguasai I’rab kerana masih lagi belum mengenali dengan baik Istilah² asas ini. Bahkan hampir tertukar² antara satu dengan yang lain.

  • Menghafal segala yang berkaitan dengan Bab I’rab

Apa itu yang berkaitan? 

Contohnya seperti Definisi Mabni dan Mu’rab, Bab Alamat I’rab, Bab perkara yang dihukumkan dgn hukum I’rab yang 4 iaitu MArfu’at (Mubtada’, Khobar dll), Mansubat (5 Maf’ul dll) , Majrurat, dan Majzumaat.

Tujuannya : ketika disebutkan sebarang jenis ayat, peta I’rab itu automatik keluar di minda dan tak perlu lagi merujuk kepada buku.

Cuma di sini, memerlukan himmah untuk menghafal di samping mempertajamkan kefahaman tentang perbahasan Nahu yang ada.

Kerana dengan menguasai perbahasan Nahu, pengetahuan kita tentang ayat makin bertambah dan itulah faktor utama untuk kita menguasai I’rab.

Itu sahaja untuk perkongsian ringkas hasil pengalaman cetek saya di sini. Jika ada sebarang penambahan saya sangat alu-alukan. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s