5 cara untuk Mahasiswa menguasai Kaedah Nahu dan I’rab.

Sepanjang pengalaman di IPT sebagai pelajar dan pengajar, tak salah kalau saya katakan, Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan persiapan yang sangat besar untuk menguasai ilmu Nahu dan I’rab.

Alasannya kerana mereka akan berdepan dengan beberapa kekangan :

  1. Pembelajaran Nahu di IPT kebiasaannya berteraskan silibus. Dan silibus kebiasaannya “dikejar” yang menyebabkan sesi pembelajaran berjalan sangat laju.
  2. Disebabkan adanya bahagian pemarkahan “carrymark” maka bukan sepanjang semester dipenuhi dengan sesi pembelajaran. Ia perlu dibahagikan dengan sesi pengenalan subjek, sesi discussion, sesi presentation. Ini semua untuk memenuhi keperluan permarkahan.
  3. Dan daripada cabaran terbesar pembelajaran di UNIVERSITI adalah Mahasiswa perlu mengekalkan momentum diri – mereka perlu kekal fokus, positif, dan bergerak pantas. Hampir-hampir tidak dapat dinafikan dengan keadaan di IPT yang dari segenap sudut akan menarik diri Mahasiswa kepada arah mereka masing-masing (persatuan, perjumpaan, mesyuarat, hiburan, hulurkan bantuan, dll).

Adapun untuk menguasai Nahu, seseorang sangat perlu untuk “berikan” dirinya sepenuhnya kepada Nahu secara berterusan. Kerana ia agak “cemburu” dengan sikap sambil lewa dan ketidaksetiaan. 😀

Oleh itu, saya sangat cadangkan agar seorang Mahasiswa buat 5 cara ini jika mereka benar meminati ilmu Nahu dan ingin menguasai kaedah Nahu dan I’rab.

  • Setting “Goal”

Letak matlamat yang jelas berserta tempoh. Letak matlamat yang memang sangat sangat jelas. Mulakan dengan “big goal”. Kemudian pecahkan kepada 3 “small goal”.

Contohnya :

Big Goal : Kuasai kitab Matan al-Aajurumiyyah.

  • Pilih seseorang yang boleh bantu secara serius untuk capai “GOAL” tadi

Tidak kisah sesiapa. Apa yang penting, orang tersebut memiliki kepakaran dalam ilmu Nahu. Dia boleh beritahu perkara yang penting bagi kita. Dia boleh tunjukkan cara ketika kita keliru. Dia boleh betulkan ketika kita salah. Dia umpama MENTOR kita.

  • Ikuti Daurah, Bengkel dan Kelas Tambahan

Mahasiswa perlu setting secara mingguan atau bulanan untuk mengikuti apa sahaja program berkaitan Nahu dan I’rab. Dalam IPT atau Luar IPT. Bahkan jika tidak ada yang menganjurkan, seeloknya dia sendiri yang anjurkan secara kecil-kecilan.

  • Jadikan 2-3 Kitab Nahu sebagai rujukan wajib.

Merujuk banyak kitab itu bagus sekali, tetapi untuk memudahkan proses pembelajaran adalah “berpegang” dengan beberapa kitab dahulu.

Antara yang bagus untuk dirujuk (jika tanya pada saya) adalah :

  • Matan al-Aajurumiyyah –> sebagai rujukan matan dan istilah penting. Sebaiknya dihafal.
  • Kitab al-Awamil oleh al-Jurjani –> sebagai rujukan kaedah
  • Kitab Jami’ ad-Durus al-Arabiyyah –> sebagai rujukan perbahasan.
  • Menulis nota dan berkongsi

Menulis adalah cara terbaik untuk mengingat dan Berkongsi adalah sesi terbaik untuk menguasai sesuatu perbahasan ilmu. Setelah mempelajari suatu perbahasan, sangat terbaik dibuat GROUP DISCUSSION sesama 2-3 orang lain untuk sesi muzakarah. Ia sangat membantu.

Di kesempatan ini, ini dulu yang saya tulis. Insya Allah, nanti saya tambah lagi insyaALlah. Jika anda ada perkara yang ingin dikongsikan boleh komen di bawah atau emel saya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s