Buku Asas Nahu : Faraid Lu’luiyyah Fi Qawaid Nahwiyyah

Baru ni, ada seorang pelajar bertanya² tentang kaedah Nahu. Dari gaya dia bertanya memang nampak tekun belajar. Dan dia sendiri mengaku yang dia berminat utk mendalami ilmu Nahu. 

Cuma dia ada mengadu, walaupun sudah beberapa tempoh belajar, ada masalah untuk menguasai point-point penting dalam perbahasan Nahu walaupun asas. Sbb tak tahu nak fokus yang mana. 

Jadi utk keluar drp masalah itu, dia berusaha utk cari buku yang boleh dia pegang sebagai rujukan asas. Buku asas yang boleh dibuat silibus utk belajar berguru, dan boleh dibuat ulangkaji secara bersendirian. 

Jadi dia sebut beberapa buah buku yang dia dah beli. Ada beberapa yang dia minat dan merasa mudah. Cuma dia ingin tahu jika ada buku lain yang boleh bantu dia utk fokus kepada point penting yang lebih tersusun. 

Kebetulan sy ada simpan pdf buku الفرائد اللؤلؤية jadi saya tunjuk pada dia. Saya terang sikit-sikit kelebihan buku ni. 

Antaranya disusun dalam bentuk Q&A. Lepastu jawapannya simple dan sgt fokus kpd point penting. Sgt tersusun dan sangat membantu utk seseorang yg baru belajar Nahu dan seseorang yang nak perkemaskan peta ilmu Nahu dalam mindanya.

Selepas dia tengok pdf tersebut, dia sangat gembira kerana ia memang mudah dan membantu. Walaupun dia tidaklah begitu cekap dalam memahami teks, tapi bagi dia buku tersebut tidaklah susah kalau dibaca sendirian. 

Cuma katanya, buku tersebut dalam terbitan lama. Agak susah utk di baca bagi sesetengah ayat. 

Jadi utk membantu dia, saya cuba utk salin semula buku tersebut. dan saya jadikan usaha menyalin semula kitab الفرائد الؤلؤية ini sebagai projek kecil saya pada waktu ni.

Atas ni muka surat pertama salinan baru. Setakat ni saya dah siapkan 7 topik. InsyaAllah akan update lagi.

Dan untuk menyebar luaskan manfaat buku ini, saya akan kongsikan kepada sesiapa sahaja yang berminat. 

Cuma saya buat sikit² jadi saya akan update dari semasa ke semasa. Jika siap salinan bab baru, saya akan update. 

Boleh email saya di kalghari07@gmail.com atau whatsapp saya di 011-12208980. 

#cintanahu #belajarsimple #bukunahumudah #projekbuku #sukabahasaarab #bantupeminatnahu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s