Qawaid Asas Bahasa Arab

(Rujukan : Mabadai’ Durus Arabiyyah Syeikh Muhammad Muhyiddin Abd Hamid)
======================

الكلمة لفظ مفرد يدل على معنى

Kalimah : Lafaz Mufrad yang menunjukkan kepada suatu makna

الكلام هو الجملة المفيدة فائدة تامة ولا بد أن يكون مركبا من كلمتين فأكثر

Kalam : Ayat yang difahami dengan lengkap maksudnya dan menjadi kemestian ia tersusun daripada dua kalimah atau lebih

ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

الأزمنة ثلاثة: ماض وحاضر ومستقبل

Waktu (Zaman) itu 3 bahagian  : telah berlalu, sekarang dan akan datang

الزمان الماضي هو الوقت الذي مضى وانقضى قبل زمان التكلم

Zaman Madhi : zaman yang telah berlalu dan telah selesai berlaku pada waktu ia diceritakan 

الزمان الحاضر هو الوقت الذي يحصل الكلام فيه

Zaman Hadir : zaman yang sedang diceritakan.

الزمان المستقبل هو الوقت الذي يأتي بعد وقت التكلم

Zaman Mustaqbal : zaman yang akan berlaku setelah ia diceritakan 

ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ

الكلمة تنقسم إلى ثلاثة أقسام: اسم وفعل وحرف

Kalimah itu terbahagi kepada 3 bahagian : Ism, Fi’l, Harf

الاسم: كل كلمة يسمى بها انسان او حيوان أو جماد أو أي شيء آخر سواء كنّا نشاهده أو نتصوره بالفعل

Ism : setiap kalimah yang dinamakan dengannya oleh manusia, haiwan, perkara jamad (benda x bernyawa seperti bangunan), atau selainnya sama ada kita boleh melihatnya atau menggambarkannya dengan perbuatan.

الفعل: كل كلمة دلت على حصول شيء في زمن من الأزمنة الثلاثة الماضي والحاضر والمستقبل

Fi’l : Setiap kalimah yang menunjukkan kepada berlakunya sesuatu pada salah satu daripada 3 jenis waktu : madhi (telah berlaku), hadhir (sedang berlaku) dan mustaqbal (masa hadapan)

الحرف: كل كلمة لا يظهر معناها في نفسها، ويظهر معناها إذا انضم غيرها إليها

Harf : Setiap kalimah yang tidak terzahir maknanya dengan dirinya sendiri. Ia akan menunjukkan makna yang ada pada dirinya jika dikumpulkan dengan yang lain (Ism dan Fi’l).

 #cintanahu #sukabahasaarab

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s