Soalan : Di mana kedudukan ilmu Nahu dalam ilmu-ilmu Islam?

Soalan : Di mana kedudukan ilmu Nahu di antara ilmu-ilmu Islam yang lain?

Jawapan :

Saya ringkaskan kepada berikut.

Ilmu dalam pengajian syariat Islam (yang berkaitan al-Quran dan Hadith) terbahagi kepada 3 bahagian besar.

  • Ilmu Maqasid
  • Ilmu Masadir
  • Ilmu Alat

Di bawah setiap ilmu besar ini ada cabang-cabang ilmu yang lain.

Antara cabang ILMU MAQASID :

  • Ilmu Tauhid 
  • Ilmu Fekah
  • Ilmu Akhlak

Setiap 3 cabang ni ada lagi cabang-cabang ilmu lagi.

Antara cabang ILMU MASADIR :

  • Ilmu Ulum Quran
  • Ilmu Tafsir Quran
  • Ilmu Tajwid
  • Ilmu Qiraat
  • Ilmu Ulum Hadith
  • Ilmu Sanad
  • Ilmu Jarh wa Ta’dil
  • Dan lain²

Antara cabang ILMU ALAT

  • Ilmu Mantiq
  • Ilmu Bahasa Arab

Tentang ilmu Nahu pula, kedudukannya di bawah ilmu Bahasa Arab. Tapi bukan ilmu Nahu sahaja yang ada di bawah “payung perbahasan” Bahasa Arab. Cabang Ilmu Bahasa Arab itu ada banyak. Antaranya :

  • Ilmu Aswat 
  • Ilmu Sorf
  • Ilmu Nahu 
  • Ilmu I’rab
  • Ilmu Bayan
  • Ilmu Badi’
  • Ilmu Ma’ani
  • Ilmu Dilalah
  • Ilmu Wad’ (وضع)
  • Ilmu Lahjah
  • Ilmu Fiqh Lughah

Bagi setiap cabang ilmu yang ada ini, ada perbahasan khusus dan bidang kajian masing². Terlalu besar untuk ditulis di ruang kecil ini. 

Semua kajian dan perbahasan dalam setiap cabang-cabang ilmu ini sangat menarik dan menyeronokkan sehingga menjadikan seorang pencinta ilmu tak pernah puas dan tak mahu berhenti belajar.

Dan kata Ulama, seseorang yang memiliki peta ilmu dalam kepalanya, mampu menjadikannya malu untuk mengaku alim dan berbesar diri kerana dia tahu masih banyak yang belum dia tahu. 

Dan menyebabkan dia sangat menghormati ilmu ulama dan orang lain kerana tahu susahnya keadaan mengaji ilmu.

Dan dia tahu dia takkan pernah mampu berdiri sendiri dalam bidang ilmu bahkan sangat berharap kepada bantuan untuk memahami ilmu.

Tapi itu baru pengajian syariat Islam, masih ada lagi ilmu-ilmu lain seperti ilmu sejarah, ilmu psikologi, ilmu sains, ilmu geografi, dll yang tetap juga diperlukan dan digunakan dalam sebahagian besar perbahasan ilmu syariat Islam. 

P/s : betul ke orang kata belajar bahasa Arab semata² dah boleh faham al-Quran dan Hadith?? 

Ajaib kan kalau ada orang perjuangkan statement tu.. ??

P/s : kepada para alim yang membaca post ini, sebarang kesalahan yang ada dalam tulisan ini, mohon betulkan saya. 

Boleh email saya di kalghari07@gmail.com atau whatsapp saya di 011-1220 8980.

Maafkan saya jika ada kekurangan dan salah adab daripada saya dalam tulisan ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s