REPORT 2 : KELAS DI BANGI GATEWAY, BBBANGI

Report ke 2 untuk Kelas Nahu di Bangi Gateway, BB Bangi. (Jika belum baca report pertama, boleh baca di sini –> Report 1)

Dalam report pertama, saya ceritakan 3 sesi pertama yang telah berjalan. Manakala dalam report ini insyaAllah, saya akan ceritakan tentang 4 sesi seterusnya.

3 sesi pertama kami fokuskan kepada asas Bahasa Arab. Terakhir kami berhenti di 2 Ism Mabni iaitu Ism Isyarah dan Dhomair.

Bermula sesi keempat, kami masih lagi berpandu kepada “Timeline” yang diberikan di awal sesi :

ism-1862600778.jpg

Pada sesi keempat,

  • Kami menyambung baki daripada perbahasan Dhomair. Sesi ketiga kami hanya sempat membahaskan tentang Dhomir Munfasil, dan sesi keempat ini, kami menyambung perbahasan Dhomir Muttasil.
  • Kemudian kami mendalami sedikit berkaitan perbezaan Dhomir Muttasil dan Munfasil dengan beberapa ciri khusus.
  • Saya menggunakan beberapa doa sebagai contoh dan latihan untuk peserta memahaminya dengan lebih jelas.

Dhomir

  • Kemudian kami akhiri dengan mengenal Adawat Istifham, salah satu daripada Mabniyyat (Perkara yang Mabni).

Pada sesi kelima, kami berbincang tentang

  • Takrif Fi’l dan tanda-tanda mengenal Fi’l.
  • Kemudian kami bincangkan tentang pembahagian Fi’l pada sudut masa. Di sini kami mengenal pembahagian masa dalam bahasa Arab iaitu Madhi, Hal dan Istiqbal.
  • Daripada situ kami berkenalan dengan istilah Madhi, Mudhari’ dan Amr.
  • Kami belajar kaedah menentukan masa yang ada dalam setiap 3 jenis Fi’l ini.
  • Setelah itu, kami lanjutkan perbahasan kepada perkaitan antara Fi’l dan Dhomir. Di sinilah penjelasan terhadap punca ada tasrif Fi’l Madhi, Mudhari’ dan Amr.

Ingin dalami tentang Fi’l ? Tekan sini –> Fi’l Madhi dan Fi’l Mudhari’

Pada sesi keenam, kami lanjutkan perbincangan berkaitan

  • Tasrif Fi’l. Saya ada sediakan nota untuk para peserta. Saya kongsikan di sini dengan semua.
  • Kami buat sedikit latihan dengan mengambil doa-doa sebagai rujukan.
  • kami tutup sesi keenam dengan membahaskan tentang 8 harf Jar. Makna dan ciri-ciri mereka.

Pada sesi ketujuh, kami fokus

  •  kepada tajuk Asas I’rab. Khusus pada sesi ini kami membahaskan 4 Hukum I’rab dan Alamat-alamat I’rab. Dengan jadual yang saya berikan di awal kemasukan hari tu, kami ulangkaji semula berdasarkan jadual tersebut.

wp-image-1441190858jpg.jpg

  • Sempat saya selitkan “Perkara Rukun dalam mengi’rab” kepada peserta.
  • Dan akhir sesi saya berkongsi tentang asas Jumlah– Ismiyyah dan Fi’liyah. Kami sempat bahaskan tentang Rukun Asas Jumlah.

Alhamdulillah, berbaki 1 sesi lagi untuk penguasaan “Peta ilmu Asas Nahu”. Doakan kami dipermudahkan.

Advertisements

Ism Mabni (1) : Ism al-Isyarah

Sebelum ini kita ada sebutkan, Ism itu ada yang Mabni (مبني) dan ada yang Mu’rab (معرب).

  • مبني → kekal baris/keadaan akhir kalimah
  • معرب → berubah² baris/keadaan akhir kalimah

Dan kita ada sebutkan, cara mengenali Ism Mu’rab adalah dengan mengenali Ism Mabni terlebih dahulu.

Ism Mabni itu ada beberapa jenis. Antaranya :

  • Ism al-Isyarah
  • Dhomair
  • Ism al-Mausul
  • Ism Syart
  • Ism Istifham
  • Ism Fi’l
  • Dan beberapa jenis lagi dengan perbahasan khusus

Dalam artikel ini, kita berkenalan dengan salah satu daripadanya dulu iaitu : Ism al-Isyarah.

Saya ada buat nota sikit sebagai ringkasan asas.

* harap dapat membantu. Jika ada yang kurang jelas boleh whatsapp saya [ 011-12208980 ] untuk pertanyaan.

Report : Kelas di Bangi Gateway, BBBangi

Sepanjang tiga kelas Nahu di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi saya bincang dan fokus tentang memahami Ism. 

Daripada definisi, cara membezakan Ism, Fi’l dan Harf, alamat² Ism, dan jenis² Ism.

Saya ada buat flow @ timeline pembelajaran untuk mudahkan peserta ikuti pengajian. Supaya mereka tahu apa yang bakal mereka belajar. 

Timeline pembelajaran tu hasil pengalaman saya belajar dulu². Mungkin lain orang, lain pulak cara mengajinya.

Timeline tu, mereka boleh guna sebagai “tukang semak” semula bagj tajuk yang mereka dah belajar dan “penunjuk arah” untuk ulangkaji bagi tajuk masih belum kuasai.

Saya kongsikan di sini, dengan anda yang mungkin mencari cara mengaji Ism. Harap² ia bermanfaat.


Minggu pertama → selama 1jam 15 minit kami bercerita tentang 

  • kedudukan Ilmu bahasa Arab dan kedudukan ilmu Nahu. 
  • Kepentingan ilmu bahasa Arab dan ilmu Nahu. 
  • Definisi Ism, perbezaannya dengan Fi’l dan Harf.
  • Alamat² mengenal Ism.

Minggu kedua → kami bincang tentang 

  • 3 ciri penting Ism : Jantina, Bilangan, Am & Khusus
  • Dalam perbahasan “jantina”, kami cerita tentang Ism Muzakkar dan Muannas. Cara mengenal kedua²nya. Kepentingan mengenal kedua²nya.
  • Dalam perbahasan “bilangan”, kami bincang tentang Ism Mufrad, Musanna, Jama’ Muzakkar Salim, Jama’ Muannas Salim dan Jama’ Taksir. Kami belajar cara mengenal semua jenis Ism ini.
  • Dalam bab “am&khas”, kami sebut tentang istilah Nakirah dan Ma’rifah. Kami belajar cara mengenal kedua²nya dan kami belajar menterjemahkan kedua²nya.
  • Kami ada bincang sikit tentang contoh daripada al-Quran dan doa harian.

Minggu ketiga → Kami bincang

  • Definisi Ism Mabni dan Mu’rab. Kepentingan mengenal keduanya.
  • Kemudian kami dalami 2 daripada 4 jenis Ism Mabni iaitu Ism Isyarah dan Ism Dhomir.
  • Kami belajar kalimah² penting dalam Ism Isyarah. Cara guna Ism Isyarah.
  • Kami belajar juga 14 kalimah Dhomir yang dibahagi dalam 3 bahagian besar. 
  • InsyaAllah minggu depan, saya paksa peserta utk.tasmi’ semuanya. 😛

Minggu keempat InsyaAllah akan habiskan baki 2tajuk Ism Mabni ini..Mohon doa semua. 

Rafa’, alamat Rafa’ dan Marfu’at (Mind Mapping)

Jom kita bina “mapping” dalam kepala kita tentang Hukum Rafa’.

Dah ada mapping “besar”, baru mudah kita belajar secara khusus. Satu persatu.

Nak mula dari mana?

Kalau saya suka mula daripada alamat Rafa’. Cara saya :

  • Saya hafal 4 alamat Rafa’
  • Kemudian saya hafal alamat tadi untuk perkara apa. Contohnya : alamat alif untuk ism musanna ketika rafa’. Dan seterusnya.
  • Kalau ada istilah yang saya tak faham waktu fokus bab alamat ni, saya akan tanya pada guru dan kawan² yang pandai. Contohnya dulu² saya tak biasa dengan “asma’ khomsah”. Sebelum saya lanjutkan pembelajaran, saya fahamkan dulu apa itu asma’ khomsah. Supaya saya dapat faham satu persatu.
  • Dah habis fahamkan istilah² dalam bab alamat Rafa’, saya belajar tentang al-Marfu’at.
  • Bab al-Marfu’at tentang kaedah ayat. 
  • Saya suka belajar bab Mubtada’ dan Khabar dulu. Tapi sebenarnya, yang lebih mudah, belajar bab Fa’il dulu. 
  • Kalau anda di peringkat asas, saya cadangkan flownya begini : 

Fa’il → Mubdtada’ → Khobar → Ism Kana → Khobar Inna → Naib al-Fa’il → Fi’l Mudhari’ → Na’at → Badl → Taukid → Athof

  • Tapi cadangan sahaja, kalau tak selesa boleh tukar. Atau sebaiknya ikut guru yang mengajar.
  • Setelah habis belajar kaedah, memang perlu banyakkan latihan buat ayat dan baca teks sambil i’rab. Pengalaman saya, latihan ni benda wajib untuk kuatkan kefahaman dan kuatkan hafalan. 

Ok, boleh teruskan sesi pembelajaran anda. Kalau ada soalan, whatsapp je saya. Saya cuba bantu kalau tahu. InsyaAllah. Sama² kita belajar. 

Soalan : boleh bantu saya nak merancang matlamat kerjaya dalam bidang BA?

Soalan : boleh bantu saya nak merancang matlamat kerjaya saya dalam bidang Bahasa Arab?

Jawapan :

Bagus soalan ni. Sangat bagus difikirkan sejak mula masuk belajar. 

Bagi saya, merancang matlamat dan merealisasikannya itu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita.

Kerana dengan merancang matlamat, kita dapat gambarkan landasan perjalanan kita. Dengan ada vision tu, kita boleh susun strategi dan tindakan yang sesuai. 
Dengan yang demikian kita tak bazirkan waktu dengan melakukan perkara yang sia-sia dan membuang waktu.

Jika anda banyak membaca buku motivasi, anda akan dapati, bagi merancang apa² matlamat dan menyususn strategi untuk mencapainya→ kaedahnya hampir sama shj dalam buku² tersebut. 

Di bawah ni, saya ada simpulkan dlm bentuk mind map. 


Untuk menyusun matlamat, kita bermula dengan BIG GOAL. Iaitu perkara utama yang kita ingin capai. Kalau dalam kes ini, disebabkan kita ingin dapatkan kerja dalam bidang BA → jadi BIG GOAL kita adalah bina profile @ potensi untuk dapatkan kerja. Setiap BIG GOAL ada tempohnya. Oleh itu kita letak tarikhnya.

Setelah itu, kita pecahkan BIG GOAL kita kepada beberapa SMALL GOAL. Tujuannya untuk memudahkan kita fokus dan menyusun strategi. Letakkan dateline sebagai kayu ukur pencapaian.

Selepas jelas dengan SMALL GOAL, kita rancang strategi untuk capainya. Hasil daripada strategi tadi, kita akan semakin jelas dengan apa yang bakal kita lakukan.

Kemudian kita buat list to-do atau list tindakan. Dan masukkan dalam jadual waktu kita. Di sini, penggunaan Kalendar sangat penting. 

Seterusnya kita bertindak step by step sebagaimana yang kita rancangkan. Setiap malam kita buat review dan muhasabah. Untuk baiki apa yang kurang dan pastikan kita di atas landasan yang kita rancang. 

Ini saya susun dalam bentuk mind mapping untuk lebih jelas. 

Peringatan Mesra : sebagai umat Islam, kita tahu perancangan yang kita buat tak mampu menandingi perancangan dan takdir Allah. Oleh itu sentiasa kita jaga hubungan dengan Allah. 😊

Harap ia dapat membantu. 

Ism Isyarah (Peta Minda)

Sambil² saya duduk saja tadi, sempat juga buat satu nota berkaitan Ism Isyarah. Alhamdulillah. 

Sikit sebanyak berharap dapat bantu peminat ilmu Bahasa Arab untuk ulangkaji ingat tajuk ni. 

Kalau ada yang kurang jelas, whatsapp saya. Saya bantu mana yang boleh InsyaAllah 😊

Nak kuasai Ism? Ini cadangan saya.

Saya cuba susun laluan menguasai asas Ism untuk  bengkel bahasa Arab di Bangi Gateway tu. Ikut pengalaman saya. Hasilnya seperti yang terdapat dalam peta minda ini. 

Saya masukkan istilah penting yang mesti dikenali dan dipelajari perbahasannya. Namun “content”nya tidak dituliskan kerana ini bukan tempatnya. InsyaAllah saya buat post lain.

Kalau tekad untuk kuasai Ism, simpan peta ini dalam minda anda. Sama² kita hafal setiap istilah ini dan belajar perbahasannya. 

Jom belajar ;D

Kelas Nahu di Bangi Gateway, BB Bangi

CintaNahu sedang mencari individu yang berminat untuk mendalami ilmu Nahu & Sorf dan menyimpan cita² untuk menjadi Tutor/Guru yang mengajar ilmu Bahasa Arab. 

Insya Allah, kelas Nahu akan dianjurkan dan nak baca kitab al-Faraed al-Lu’luiyyah fi al-Qawaid an-Nahwiyyah bermula oktober ini. Cuba khatamkan dlm bulan November. Cadangannya dalam 8 pertemuan sahaja. 😀 

★ Kitab ini bagus sekali untuk dijadikan rujukan terhadap istilah dan kaedah² yang wajib tahu dalan Nahu.

★ Jika kita telah kuasai istilah dan kaedah tersebut, kitab ini boleh pula menjadi modul untuk mengajar pelajar lain, sama ada diperingkat rendah ataupun pertengahan. Sama ada untuk pelajar sekolah atau mahasiswa IPT.

Jadi tak rugi belajar kitab ini. 

Kelas InsyaAllah berjalan di Seiko Solution, Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Setiap khamis. Jam 8.15 mlm – 10.00 mlm.

Kitab dan nota tambahan InsyaAllah disediakan. 


Ada yang berminat?

Nahwu al-Qulub : Ism, Fi’l dan Harf

wp-1481674197718.jpgAntara buku Nahu yang saya suka adalah Kitab Nahwul Qulub, karya tokoh sufi terkenal, Imam al-Qusyairi. Kerana perbahasannya luar biasa.

Di dalam kitab Nahwul Qulub, begitu luar biasa penerangan daripada pengarang menjelaskan tentang Ism, Fi’l dan Harf.

Sehingga jelas sekali, bahawa ilmu ini walaupun banyak bidangnya tapi sentiasa hubungan dan kaitan antara satu dengan yang lain.

Kedua, di sisi Ahlillah, apapun ilmu, tiada yang terpisah daripada Allah SWT.

 PENJELASAN IMAM QUSYAIRI tentang ISM, FI’L DAN HARF

 Apa kata beliau? Ini yang beliau susunkan :

Continue reading